1 . Sumber kolagen semula jadi
Menurut satu kajian di universiti taiwan kaki ayam adalah sumber kolagen yg hebat , dan mudah didapati
Kita sedia maklum bahawa kolagen boleh membantu meremajakan kulit .
selain membantu regenerasi sel dalam memberi kulit yg cantik , kolagen juga memiliki pelbagai fungsi dalam meningkatkan kesihatan tubuh . 👍
2 . Menu ideal ketika demam
Ramai yg jadikan kaki ayam sebagai broth atau sup yg direneh lama bagi mengeluarkan khasiat dalam tulangnya
menurut penelitian , proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih baik sup kaki ayam , ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yg lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan . Anak - anak juga kurang terdedah kepada penyakit atau jangkitan .
3 . Membantu melegakan sembelit
Di samping itu pengambilan sup kaki ayam boleh mengeluarkan toksin yg terperangkap dalam badan anda , Oleh itu jika anak anda mengalami sembelit atau penghadaman perlahan bolehlah cuba diberi makan sup kaki ayam .
4 . Menguatkan tulang
Oleh kerana kaki ayam mengandungi sumber kalsium , ia boleh menguatkan sendi dan memperbaiki tulang kanak kanak yg sedang membesar dengan cepat dan aktif . Selain itu ia turut membentuk kuku , gigi dan gusi yg kuat dan sihat .
5 . Kesihatan jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan baik
0 Ulasan