Assalamualaikum , Hi ✋

aku nak share berita yg sedih aku terima bulan puasa ni , aku diberhentikan kerja lagi 2 minggu nak raya 💔 padahal bulan ni la aku nak pulun gaji banyak tapi tak kesampaian
aku terima dengan hati yang terbuka , takde dendam atau sakithati pun , cuma sedih tu pastilah bila aku diberhentikan terus dalam whatsapp boss aku hantar . Aku tahu aku pun ada salah tapi takkan tak boleh berbincang elok2 , tunggu aku datang kerja ke ni tak terus buang aku directly haritu jugak
aku sedih giler sampai aku menangis sorang2 hati aku sebak sangat 😢

So bila dah berhentikan aku , aku dah tak datang terus dah ke butik tu aku bukan apa bila org dah buang aku ni buat apa aku nak datang lagi kesana , dia pun agaknya dah taknak tengok muka aku lagi
aku tahu dia ada sakithat dengan aku , dah 3 bulan sales aku jatuh teruk aku jadi down sangat2 😔 sampaii rasa aku taknak dah datang kerja sebab aku rasa macam sia2 aku datang kerja pun tak dapat buat sales banyak macam sorg lagi budak sales tu .

kadang aku rasa diri aku ni hanya dipergunakan dan diperbodohkan masa aku kerja sana
budak sales lagi sorang tu dia sailang sales aku huhu macam aku takde perasaan langsung dia buat aku macam tu 😓 lama aku berdiam , aku takut kalau aku bersuara akan jadi gado nanti so aku lebih rela berdiam sahaja , sampai lah sebulan macam tu ada sorang staff baru masuk dia laa yg tolong aku bersuara dekat boss dia bagitahu semua apa yg staff sales tu buat dekat aku . Masa tu aku rasa lega sangat ada orang tolong backup aku , boss aku marah dan bersuara dalam group so masa tu dia dah tak kacau lagi bahagian kerja aku 😊 happy aku masa tu , ada pulak kawan aku tu dia lah yg sudi nak dengar luahan masalah aku , dia duduk sebelah meja aku asyik datang ke meja aku ajak bergosip je tahu hahah 😜

Tap sad dia tak lama pun kerja situ , aku ingat lagi malam tu dia hantar ws dekat aku dia cakap dia dah tak datang kerja dah esok . Aku terkejut aku tanya sebab apa , dia kata ada masalah family takde sapa nak jaga anak dia so dia tak boleh nak datang kerja dah . Aku malam tu terkejut and sedih sangat dengar berita tu , aku menangis teruk malam tu huhu 😢 dah laa nak tdur dah tetiba dapat berita tu aku sebak giler kawan yg rapat dengan aku dekat office dah tak datang kerja , aku terfikir sapa nak layan aku sembang , sapa nak dengar masalah aku smua aku sunyi sangat dekat office 😞 dia je lahh yg faham aku kat tempat kerja .

Seminggu jugak aku murung diamkan diri , sampailah aku move on dengan benda tu so aku buat je lah kerja macam biasa , walaupun sebenarnya dalam hati masih lagi aku rasa kehilangan tu .
so macam tu lah perjalanan kerja aku dekat sana , takpe jadikan pengalaman walaupun perit aku kena hadap , korang doakan aku okay semoga berjaya dunia dan akhirat 💖

Lots Love ,

Bhaii 💖